Hshn9’s Weblog

HANRUH

Posted by: hshn9 on: March 4, 2009

HANRUH Sebelum ini mungkin ada antara kita yang pernah mendengar perkataan HANRUH. Kini kita akan diperkenalkan pula dengan MALAYSIA PERKASA. Kepada mereka yang baru pertama kali mendengar dua istilah ini mungkin tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan HANRUH dan apa pula yang dimaksudkan dengan MALAYSIA PERKASA. Daripada segi istilah kedua-duanya mungkin nampak berlainan. Walaupun berbeza daripada segi nama namun daripada segi tujuan dan maksud yang hendak dicapai adalah sama iaitu untuk melahirkan rakyat dan generasi yang bersatu padu dalam mempertahankan keselamatan Negara Malaysia yang tercinta ini. HANRUH yang diperkenalkan pada tahun 1986 merupakan singkatan bagi Pertahanan Menyeluruh iaitu suatu konsep pertahanan yang menggemblengkan peranan aktif agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan serta rakyat jelata dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan Negara. MALAYSIA PERKASA pula merupaka satu program baru yang diperkenalkan bagi memantapkan lagi pelaksanaan HANRUH yang telah dijadikan salah satu prinsip asas dalam Dasar Pertahanan Negara. Terdapat lima komponen teras dalam usaha merealisasikan program ini yang merangkumi bidang keselamatan, perpaduan, awam, ekonomi dan psikologi. Kesiapsiagaan Keselamatan merupakan komponen pertama yang merangkumi peranan tentera dan polis melindungi nyawa dan harta benda serta memelihara keselamatan awam. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) merupakan teraju utama yang berupaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan berdaya juang melalui kemahiran serta disiplin yang tinggi. Komponen kedua pula adalah penyatuan dan perpaduan masyarakat. Komponen ini menekankan bahawa bangsa Malaysia perlu utuh dan bersatu padu serta hidup harmonis tanpa mengira perbezaan status, kaum, agama, budaya dan negeri. Kesiapsiagaan awam yang merupakan komponen ketiga membawa maksud kesediaan agensi-agensi awam, pihak swasta, pertubuhan sukarela dan orang awam dalam mengadakan kemudahan perlindungan nyawa, harta benda dan Negara daripada bencana peperangan. Mereka juga perlu melibatkan diri dalam usaha-usaha pembekalan kemudahan asas yang berterusan sama ada dalam keadaan perang, darurat atau bencana. Daya tahan ekonomi pula yang merupakan komponen keempat membawa erti kerajaan dan swasta di semua sector ekonomi akan berganding bahu dan bersatu untuk memastikan kemampuan dan kekuatan enonomi Negara terus mantap di masa aman serta berupaya membantu keperluan pertahanan dalam menghadapi perang dan darurat. Keutuhan psikologi yang merupakan komponen kelima bermaksud kekuatan mental yang menunjukkan komitmen dan keyakinan rakyat yang padu terhadap kedaulatan dan pertahanan Negara. Sebagai bangsa yang berpendirian, mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah musuh serta memiliki jasmani yang cergas lagi berdisiplin.

HIDUP PERLU RASIONAL

Posted by: hshn9 on: September 15, 2008

HIDUP PERLU RASIONAL.

 


Dalam kehidupan kita, memang ada bermacam jenis manusia dengan pelbagai kerenah dan ragam. Bak kata orang, “Rambut sama hitam, hati lain-lain”. Jadi memang sukar nak “dikenali” hanya dgn melihat sifat luaran sahaja. Begitu juga tanggapan seseorg dlm menjalani kehidupan. Ada yang menerimanya dengan rasional dan mampu berfikiran terbuka. Sebaliknya tak kurang juga yg kurang rasional.


Dalam merentasi kehidupan ini, memang banyak rintangan, dugaan dan cabaran yg terpaksa ditempuhi. Bukan mudah utk merencanakan kehidupan apatah lagi tanpa azam dan iltizam yg sepatutnya disematkan dalam diri masing-masing, membuatkan kita sukar utk menuju kehadapan. Di dalam kehidupan ini, ada juga di antara kita yg lebih suka bergantung hidup dgn org lain dan tidak berkeyakinan utk berdikari. Terutamanya jika berhadapan dengan masalah, ini akan membuatkan kita berasa gentar utk menghadapinya berseorangan.

Ada juga yg tidak sanggup menerima sebarang masalah kerana ini akan membawakan tekanan perasaan dalan hidupnya seterusnya menimbulkan rasa gelisah, murung dan kebimbangan. Ia menunjukkan betapa rapuhnya daya ketahanan diri terutamanya dari segi mental kerana “tidak kebal” apabila menghadapi sesuatu tekanan. Justeru, ada yg mengambil jln singkat utk “melenyapkan” masalah itu dgn bertindak di luar batasan seperti membunuh diri, mengambil minuman keras, pil khayal dan sebagainya. Jalan-jalan penyelesaian sebegitu sebenarnya bukan satu tindakan yg bagus dan bermakna kerana ia akan mendatangkan implikasi yg lebih besar ke atas diri sendiri.

 

 

 

 

TEMPUHI KEHIDUPAN DENGAN SEMPURNA

 

Sebagai manusia yg berakal dan beradab, kita seharuslah menghargai kehidupan yg nyata ini. Memang bukan semua manusia sentiasa bernasib baik dalam kehidupan kerana putaran hidup ini bagaikan roda. Ada masanya kita akan berada di “bawah” dan inilah cabaran yg harus ditempuhi. Sebenarnya kehidupan adalah kesinambungan utk menuju ke alam yg lebih nyata dan abadi. Percayalah masalah adalah rempah ratus dlm kehidupan.


Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari masalah. Selagi manusia bernyawa, selagi itulah cabaran akan mengekori dan mungkin akan menghasilkan masalah yg terpaksa dihadapi. Ibarat pepatah yg diungkapkan oleh professor Hamka, “Manusia memang selalu lalai memperhitungkan bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka secara tiba-tiba dia menjadi bingung lalu menyalahkan org lain atau menyalahkan takdir Ilahi.”
Namun sering kali kita akan berasa takut dan bimbang jika sesuatu masalah menimpa. Seolah-olah kita tidak nampak apakah jalan penyelesaian yg bakal merungkai segala permasalahan itu. Ia akan membuatkan kita berasa cemas dan gentar, bimbang masalah tersebut akan terus menghantui hidup. Namun tidak bermakna masalah itu akan terus kekal andai kita bijak utk merungkainya. Jika kita mempunyai cara bagaimana utk mencari jalan penyelesaiannya, maka masalah itu akan terlerai dari diri kita sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


FIKIRLAH SECARA RASIONAL

Sebagai manusia yg dikurniakan akal dan fikiran, seharusnya kita lebih bertindak rasional dlm menghadapi sesuatu situasi. Walaupun situasi itu agak menyulitkan namun tindakan yg diambil itu akan mempengaruhi setiap apa yg kita lakukan. Ada kalanya situasi yg sulit akan menjadi mudah jika kita berjaya mengatasinya dgn penuh rasional. Dan jangan lekas bingung andai masalah itu bertambah rumit hanya kerana kita tidak mempunyai resipi tersendiri bagaimana cara utk meleraikannya.

 

 

 

 

 

TIDAK SEMUA MASALAH ITU MENYEKSAKAN

Bukan semuanya masalah itu menjadi racun dalam hidup kita. Jangan menganggap semua masalah yg melanda itu sebagai hempedu kerana ada kalanya ia mendatangkan manfaat dan kebaikan pada diri kita. Terpulang pada jenis masalah yg dihadapi. Bukan itu saja, masalah juga mampu mencabar nilai diri dan maruah, jadi jangan sesekali mempamerkan sikap negatif dan pasif apabila menghadapi masalah.

 

 

 

 

 

 

hsh_n9@yahoo.com

HELMIE SHAH BIN HASHIM

 

Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda – DBKL

Posted by: hshn9 on: September 12, 2008

Hanya Bahasa Kebangsaan untuk papan tanda – DBKL

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan meluluskan penggunaan Bahasa Kebangsaan bagi semua papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup (gambar) berkata, sekiranya terdapat pihak yang tidak mengikut peraturan dengan menaikkan papan tanda yang “terlarang”, DBKL akan menurunkannya dengan segera.

“Orang lain tidak boleh senang-senang pasang papan tanda, hanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh melakukannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Salleh berkata, beberapa papan tanda nama jalan bertulisan jawi sudah diterima pakai di kawasan Kampung Baru, Bandar Tun Razak dan Datuk Keramat dan kerana itu, ia tidak diturunkan.

Beliau diminta mengulas isu yang mengaitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.

Utusan Malaysia hari ini menunjukkan gambar Teresa berada di bawah papan tanda contoh yang dipasang oleh DAP di Jalan Bukit Bintang, yang telah ditiadakan tulisan jawi dan ditambah dengan tulisan Cina dan Tamil. Contoh papan tanda itu belum diluluskan DBKL.

– Bernama

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang mahu menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulisan Tamil, Cina dan Inggeris.Satu tindakan yang tidak wajar dan isu ini sepatutnya tidak timbul di negara kita.Malaysia sebuah negara yang Islam adalah agama rasmi dan bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan.Sepatutnya semua pihak sudah sedia maklum.

 

 

Contoh papan tanda yang belum diluluskan DBKL.

 

 

 

Rujukan : Utusan Malaysia,Gambar ( Web PPIM ).

CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA.MEMARTABATKAN TULISAN JAWI.

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

SEMOGA KEAMANAN NEGARA KEKAL SAMPAI BILA-BILA.HIDUP HARMONI DALAM BERBILANG KAUM.AMIN…

hshn9

PENDAPAT AKHIR ZAMAN ISRAEL

Posted by: hshn9 on: September 11, 2008

PENDAPAT AKHIR ZAMAN ISRAEL

Antara sesuatu yang nampak mustahil tetapi benar ialah ketika Presiden Bush membicarakan tentang pengalamannya dengan negara Israel dan masa depan Israel yang aman makmur, ramai antara profesional Israel menyanggah kenyataan Bush dengan menganggap mereka hidup di negara yang tidak ada masa depan. Percanggahan masih bergema di dunia Arab semenjak Presiden Bush menyampaikan ucapan di hadapan Ahli Majlis Knesset sempena majlis sambutan 60 tahun kewujudan negara Israel.

Ibraham Burj, bekas Ketua Parlimen yang meninggalkan dunia berpolitik semenjak 2004 memberi gambaran bahawa Israel: Satu negara yang gagal, penjajah yang dipimpin oleh kumpulan yang tidak berakhlak dari kalangan pemusnah yang tiada undang-undang. Gambaran tersebut dinyatakan oleh beliau ketika temuramah yang dijalankan oleh akhbar Israel Yediot Aharonot selepas pelancaran bukunya bertajuk “Kemenangan Ke Atas Hetler”. Di dalam buku tersebut beliau berpendapat Israel mengikut jejak langkah Hetler dan ia juga sedang menunggu ketetapan seperti Hetler selama mana mereka bergantung kepada Zionis dan berpegang dengan pedang dan keganasan untuk menundukkan penduduk Palestin dan menghancurkan mereka. Buku Burj bukan satu-satunya buku membicarakan bab ini bahkan di sana beberapa penyelidik Israel dari kalangan Gerakan Mutakhir Baru mendapati bahawa sambutan 60 tahun kerajaan Zionis membuka lambaran bari tentang pembohongan bangsa Yahudi yang jelas tentang cerita dongeng dan khurafat yang terdapat dalam Taurat. Ini telah disimpulkan oleh Syalumo pensyarah di Universiti Tel Aviv dalam bukunya yang bertajuk “ Bagaimana Bangsa Yahudi Berbohong: Dari Taurat Hingga Zionis?”. 

 

Pada masa yang sama penyelidik-penyelidik lain membongkar keganasan yang tidak berperikemanusian yang telah dilakukan oleh kumpulan bersenjata Zionis ketika mahu menjajah bumi Palestin dan menghalau penduduknya khasnya penyembelihan-penyembelihan yang berlaku bagi menghalau penduduk Palestin. Pihak Zionis telah menyiarkan dakwaan-dakwaan palsu bahawa rakyat Palestin telah menjual tanah mereka dan meninggalkan negara mereka dengan pilihan mereka sendiri. Rahsia ini telah diceritakan oleh Alan Babye dalam bukunya yang bertajuk:   “Pembersihan Etnik Palestin” satu buku yang mengemparkan masyarakat Israel dan menyebabkan beliau disingkirkan dari jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Haifa, Palestin dan lari ke Britain untuk bekerja di salah satu universiti di sana.

 

Wajah Israel amat hodoh dan sejarahnya diselubungi darah dan kelumpuhan rakyat Palestin yang mulia tidak dipandang oleh Persiden Bush. Kedua-duanya telah dibongkarkan oleh Avi Falim seorang pensyarah di Institut San Antoni di Oxford dalam kitabnya bertajuk: “Tembok Besi-Israel Dan Dunia Arab”. Buku tersebut telah menghapuskan cerita dongeng tentang negara Yahudi yang mengikut dakwaan cintakan keamanan dan mengepung dunia Arab bagi menghancurkannya.

 

Perbahasan menarik dikalangan profesional Israel juga terdapat dalam akhbar-akhbar berbahasa Ibri(akhbar-akhbar Israel). Prof. Amnon Robenston, Bekas Menteri dan Pensyarah Undang-undang di Universiti Tal Aviv, merupakan penulis khusus tentang masa hadapan negara haram Israel telah menegaskan dalam Akhbar Herts pada 14 April lepas: “Sesunguhnya Israel tidak mungkin terus kekal kerana dua ancaman:

(1)        Ancaman luaran iaitu kegagalan Israel dalam menghalang kemaraan Bangsa Arab,

(2)        Ancaman dalaman iaitu tersebar kerosakan yang menghancurkan apa yang yang dinamakan “System Values of Zionism” yang tertegak di atasnya negara Israel”.

 

Beliau menambah: “Walaupun banyak kemenangan pihak Israel dalam serangan-serangan yang besar terhadap negara Arab namun kemenangan tersebut gagal menghilangkan perasaan takut negara Arab terhadap Isreal”.   Robenston menganggap bahawa Israel akan sedar pada suatu hari nanti ia dikerumuni oleh badan-badan Islam yang tidak hanya menafikan kewujudan Israel bahkan merekrut askar untuk menhancurkannya.  Pada masa yang sama, Robenston menyebut antara ciri-ciri keruntuhan “System Values of Zionism” ialah seperti kecenderungan pemudi-pemudi Israel untuk tidak berkorban demi negara mereka. Ini menunjukkan kelemahan semangat dalam barisan perjuangan mereka.

 

Pendapat tersebut dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh Ertz Esyel, Pengetua Sekolah Kepimpinan di Tal Aviv dalam artikelnya yang disiarkan dalam surat khabar Yediot Aharonot: “Sesungguhnya salah satu sumber keruntuhan negara Israel ialah satu hakikat bahawa pemimpin negara tidak dapat menjadi contoh kepada pemuda-pemudi Israel. Pada masa pemimpin negara menegaskan peri pentingnya membentuk tentera tambahan untuk peperangan namun mereka mengecualikan anak-anak mereka bersama menyertai peperangan. Dua orang anak Ketua Menteri Israel sekarang Ehod Olmert telah lari dari perkhidmatan ketenteraan berada di luar Negara”. 

 

Pada pendapat General Syalumo Gazet bekas Ketua Jabatan Risikan Askar Israel: Penolakan Israel untuk menerima hasrat bangsa Arab menyelesaikan peperangan akan membawa kepada kehancuran negara Israel. Gazet dalam artikelnya yang disiarkan oleh akhbar Ma’arif memberi komentar terhadap pendapat Orientalis Amarika Barnard Luis yang menyeru Israel agar tidak menjalinkan kerjasama dengan bangsa Arab. Beliau menganggap kekal dalam keadaan sekarang akan membawa kepada kehancuran negara Israel.

 

Bagi Nahum Barni’, seorang penganalisis berpengalaman yang pernah menjangka kekalahan Israel dalam peperangan dengan Lubnan menyebut dalam akhbar Yediot Aharonot yang merupakan akhbar Israel yang paling banyak edarannya: “Walaupun Israel hari ini mempunyai kekuatan ketenteraan dan ekonomi, namun orang ramai telah hilang kepercayaan tehadap masa depannya dan kemampuannya untuk terus kekal”.

 

Beliau menyebut satu peristiwa yang berlaku antara penulis Yahudi Amerika Jurdish dengan seorang doktor. Satu hari Jurdish telah pergi menemui seorang doktor untuk mengambil ubat sebelum bermusafir. Doktor tersebut menyoalnya: “Apa pekerjaan awak? “ Jurdish terus menjawab: “Saya penulis”. Doktor bertanya kembali: “Apa yang awak tulis?”. Jawab Jurdish: “Tentang masa depan Israel”. Doktor tersebut terus ketawa dan berkata: “Ahh, sekarang saya faham, awak menulis cerpen”(satu cerita khayalan).   Dari peristiwa tersebut Barni’ memberi ulasan: ia menunjukkan satu keadaaan jiwa masyarakat Israel iaitu satu perasaan walaupun tidak ada orang membicarakannya tetapi ia menunjukkan satu perasaan putus asa yang bukan muncul disebabkan peperangan yang telah berlaku dan akan berlaku tetapi lahir dari hati sanubari. Ini menunjukkan bahawa walaupun negara Israel mempunyai ekonomi yang stabil, tenteranya yang kuat dan universiti-universitinya yang hebat tetapi pada masa yang sama Israel tidak dapat memberi keamanan kepada bangsa Yahudi yang hidup di dalamnya dan tidak dapat memberi satu kehidupan yang biasa kepada mereka. Seterusnya Barni’ menegaskan: “Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang kewujudannya masih menjadi bahan pertikaian dan pada masa yang sama tiada seorangpun di dunia meragui bahawa negara tersebut adalah hak rakyat Palestin”.

 

Pemikir dan penulis Zionis tidak sekadar membicarakan tentang ramalan-ramalan masa depan negara haram Israel yang gelap, bahkan mereka menyebut satu persatu ciri-ciri yang menyokong ramalan tersebut.   Abraham Tirosh setiausaha kedua negara memberi pendapat dalam rencananya yang disiarkan oleh akhbar Ma’arif pada tarikh 28/2/2008, satu tanda kemerosotan Zionis ialah keputusan Wakil Yahudi menghentikan usaha menyakinkan kaum Yahudi di segenap pelusuk dunia supaya berhijrah ke Negara haram Israel. Ini merupakan satu bukti kegagalan pergerakan Zionis dalam mempertahankan idea-ideanya. Beliau menegaskan bagi kaum Yahudi seluruh dunia mereka tetap berpendapat bahawa ancaman bahaya menetap atau tinggal di negara Israel lebih besar daripada bahaya ancaman Anti-Semitism di pelbagai tempat. Tirosh mendedahkan sikap lesu kaum Yahudi terhadap negara Israel bersandarkan kepada keputusan-keputusan kajian yang telah dijalankan dalam masyarakat Yahudi Amerika. Hasil kajian menunjukkan 70% dari kalangan mereka tidak menziarahi Israel dan tidak mempunyai azam untuk menziarahinya, 50% dari kalangan Yahudi Amerika berkahwin campuran dengan bukan Yahudi dan 50% dari kalangan pemuda-pemudi Yahudi tidak mengambil kisah jika negara Israel hilang tidak wujud.

 

Bekas Ketua Knesset, Ruby Riflin merupakan pemimpin terulung Parti Lekod mengemukakan contoh lain yang menunjukkan wujud rasa putus asa dalam diri bangsa Israel terhadap masa hadapan mereka. Menurut beliau ramai dari kalangan rakyat Israel memiliki passport Eropah untuk memudahkan mereka lari dari Israel ketika memerlukan. Ini disebut oleh beliau dalam rencana yang disiarkan oleh akhbar Herts pada 14/4/2008 bahawa tindakan sebegitu tidak akan dilakukan oleh rakyat Israel jika tidak ada satu perasaan dalam jiwa mereka bahawa negara Israel sedang menuju ke arah perpecahan dan kehancuran. Beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut akan membawa kepada kemunculan percanggahan pemikiran, sosial, dan politik antara rakyat Israel yang merupakan satu faktor perpecahan dalam masyarakat Israel.

 

Di sana ada yang berpendapat bahawa keengganan Yahudi berhijrah ke negara haram Israel merujuk kepada ketidakpercayaan mereka terhadap cerita dongeng yang direka Israel. Dalam satu rencana yang disiarkan oleh akhbar Herts pada tarikh 22/3/2008 menukilkan kata-kata Yuly Goldstein seorang pimpinan Yahudi di Kanada: “Sesungguhnya cerita-cerita dongeng yang pihak Israel berusaha mempengaruhi bangsa Yahudi seluruh dunia tidak dapat memperdaya seseorang terutama gambaran bahawa negara Israel seolah-olah benteng terakhir dalam memerangi mereka yang digelar musuh Yahudi”.

 

Beliau menunjukkan satu bukti, 80% daripada Yahudi di Bandar Montreal yang merupakan tempat paling banyak perkampungan Yahudi di Kanada telah berhijrah dari negara haram Israel yang telah bertungkus lumus mengeluarkan mereka dari Soviet Union. Namun setelah mereka menetap di Israel, mereka membuat keputusan meninggalkannya dan menuju ke Kanada. 

Apa-apa sahaja bukti yang menunjukkan kelemahan dan masa depan Israel yang gelap, kita tidak sepatutnya mempertaruhkannya dengan tidak melakukan apa-apa dan terus kekal dalam keadaan kita sekarang sebagaimana menunggu apa yang akan berlaku pada hari-hari yang mendatang. Ini kerana bangsa Arab yang terus kekal dalam kelemahannya akan memanjangkan jangka hayat negara haram Israel di Palestin. 

 

Oleh: Fahmi Huwaidi

Ketua Lajnah Iklan & Perhubungan,

Kesatuan Ulamak Dunia.

Sumber: http://www.iumsonline.net/articls/2008/06/01.shtml

 

Hulurkan sumbangan Anda ke akaun .

Dana dan Sumbangan : BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787 

Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717


Copyright(c)2008,www.amanpalestin.org. All rights reserved

 

ARTIKEL INI COPY DARI www.amanpalestin.org UNTUK LEBIH LANJUT SILA KE WEB TERSEBUT.

Perdana Menteri Malaysia ( 1957-Kini. )

Posted by: hshn9 on: August 25, 2008

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj 1957-1970

Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (1970-1976)

Y.A.B Tun Hussein bin Dato’ Onn (1976-1981)

Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981-2003)

Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi (2003-Kini)

 

PEMINPIN SILIH BERGANTI,KEMERDEKAAN KEKAL ABADI.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

‘ RAMADHAN AL-MUBARAK’

Posted by: hshn9 on: August 22, 2008

‘SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK’

Persediaan kita menyambut Ramadhan Al Mubarak 1429Hijrah.
Pada bulan ini difardukan umat Islam berpuasa selama sebulan.Dalam

bulan ini juga terdapat malam Lailatul Qadar,malam yang lebih baik

dari seribu bulan.
Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd
1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan – pengampunan,
10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih
berjemaah di masjid/surau,ini
sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al
Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai
kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal
(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir
Ramadhan
atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar.
Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg
meninggal duni dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu
rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya

Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan
ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka
anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula
dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian
Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya
peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di
dalam Takbir.

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn
amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesam manusia.
Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik
dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di
Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik
angin…. Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa
dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba
amalkan.

Wallahua’llam.
 Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain
akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

LELAKI DAN WANITA.

Posted by: hshn9 on: August 22, 2008

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala
 dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
 
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya 
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung
jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan 
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat 
kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 
BERATKAN??
 
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. 
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
 bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan 
pendapatan isteri tanpa izin ini.
 
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami
 perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa 
yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. I
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
 
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh 
Allah  SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
 Begitulah kira-kiranya.
 
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta 
izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak 
sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. 
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
 
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan 
melahirkan anak.
 
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat 
pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan 
nifas yang tak ada pada lelaki.
 
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan
ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
 
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?
 
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
 
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa
kecil).
 
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,   dan
4. saudara perempuannya.
 
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
 
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
 
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
 
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
 
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi
bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
 
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
 

HIKMAT SUJUD DALAM SOLAT

Posted by: hshn9 on: August 22, 2008

HIKMAT SUJUD DALAM SOLAT
 
Sujud lega sistem pernafasan
 
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap
ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal
manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t.... dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
 
Bernafas ketika sujud pula boleh:
 
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
  tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan..
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan  lingkungan 
   bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan
  bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
  automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
  berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
   kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
   perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
  oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
  otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
  dan sebagainya...
 
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan 
sebagainya.
 
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.Ketika sujud 
dalam solat darah boleh sampai ke setiap inci otak. Read the rest of this entry »

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Posted by: hshn9 on: August 22, 2008

 

 KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI  LEMBAH URANAH

GUNUNG ARAFAH

 

 

“ Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.


Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari  ini.

Wahai  manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka  anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
 
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.  

Janganlah  kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah  bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
 
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah  terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu  dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak  mengikutinya dalam perkara-perkara  kecil.

 

Wahai  manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu  maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
 

 

 

Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke  atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu  tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan  zina.

Wahai  manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,  dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.  

Ketahuilah  bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah  sama;
tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam  taqwa dan amal soleh.

Ingatlah  bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an  atas segala apa yang telah kamu lakukan.

 

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu  agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas  ketiadaanku.


Wahai  manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan  tidak akan lahir agama baru.  Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang  telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh  dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.  Itulah Al-Quran dan Sunnahku.  


Hendaklah  orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain  dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan  begitu seterusnya.

Semoga  orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari  mereka yang mendengar terus dariku.

 

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku  telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. “
p/s  sampaikan walau sepotong ayat…

ADAP BERPUASA DAN SOLAT TERAWIH.

Posted by: hshn9 on: August 21, 2008

Adab berpuasa dan solat terawih
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka? Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah perisai’, sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan wajib-wajib’ solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

 

November 2009
M T W T F S S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Pages