Hshn9’s Weblog

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Posted by: hshn9 on: August 22, 2008

 

 KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI  LEMBAH URANAH

GUNUNG ARAFAH

 

 

“ Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.


Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari  ini.

Wahai  manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka  anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
 
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.  

Janganlah  kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah  bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.
 
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah  terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu  dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak  mengikutinya dalam perkara-perkara  kecil.

 

Wahai  manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu  maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
 

 

 

Layanilah  wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke  atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu  tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan  zina.

Wahai  manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah,  dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.  

Ketahuilah  bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah  sama;
tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam  taqwa dan amal soleh.

Ingatlah  bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an  atas segala apa yang telah kamu lakukan.

 

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu  agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas  ketiadaanku.


Wahai  manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan  tidak akan lahir agama baru.  Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang  telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh  dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.  Itulah Al-Quran dan Sunnahku.  


Hendaklah  orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain  dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan  begitu seterusnya.

Semoga  orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari  mereka yang mendengar terus dariku.

 

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku  telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. “
p/s  sampaikan walau sepotong ayat…

Leave a Reply

 

August 2008
M T W T F S S
    Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pages